Monday, October 18, 2010

Ikhlaslah sikit bila membantu

Sememangnya tugas perunding unit amanah ialah untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada pelanggan. Mana tidaknya perkhidmatan atau servislah yang membuatkan seseorang perunding unit amanah itu terus mendapat kepercayaan pelabur. Produk? Semua sama sahaja. Keuntungan pulak jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Apa lagi? Mungkin ada klien orang lain di luar sana ingin menjual pegangan unit amanahnya. Apakah yang anda lakukan sebagai ejen? Saya percaya ramai akan berkata pergi jumpa dan minta dia sign borang baru. Tapi bagaimana pula sekiranya dia tidak mahu sign yang baru? Di sini keikhlasan itu penting. Percayalah sekiranya beliau tidak sign dengan anda, akan ada ramai lagi orang yang akan sign dengan anda. Kenapa? Tak percaya ka? Kat sini selain ikhlas dalam melaksanakan tugas, ejen perlu yakin bahawa rezeki takkan ke mana sekiranya kita berusaha. Jadi ikhlaslah sikit ketika melaksanakan tugas.

1 comment:

  1. Kemanisan bekerja dengan ikhlas itu adalah nikmat yang amat besar jika kita mengetahui.

    ReplyDelete