Monday, October 18, 2010

Ikhlaslah sikit bila membantu

Sememangnya tugas perunding unit amanah ialah untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada pelanggan. Mana tidaknya perkhidmatan atau servislah yang membuatkan seseorang perunding unit amanah itu terus mendapat kepercayaan pelabur. Produk? Semua sama sahaja. Keuntungan pulak jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Apa lagi? Mungkin ada klien orang lain di luar sana ingin menjual pegangan unit amanahnya. Apakah yang anda lakukan sebagai ejen? Saya percaya ramai akan berkata pergi jumpa dan minta dia sign borang baru. Tapi bagaimana pula sekiranya dia tidak mahu sign yang baru? Di sini keikhlasan itu penting. Percayalah sekiranya beliau tidak sign dengan anda, akan ada ramai lagi orang yang akan sign dengan anda. Kenapa? Tak percaya ka? Kat sini selain ikhlas dalam melaksanakan tugas, ejen perlu yakin bahawa rezeki takkan ke mana sekiranya kita berusaha. Jadi ikhlaslah sikit ketika melaksanakan tugas.

Friday, September 3, 2010

Terus kekal sebagai perunding unit amanah

Alhamdulillah di ketika saya menaip post ni, saya masih kekal sebagai perunding unit amanah meskipun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran. Saya amat berterima kasih kepada upline saya Abang Arif Ismail yang telah membuka jalan kepada saya untuk terus berusaha dalam bisnes ini.

Saturday, August 14, 2010

Salam perkenalan

Nama saya Raimy bin Mazlan Hardev dan saya merupakan perunding peribadi kewangan islamik anda.

Blog ini saya reka khas untuk mereka-mereka yang berminat untuk melabur di dalam pelaburan unit trust islamik atau dengan kata lain unit trust yang berlandaskan syariah.

Saya bersama kumpulan saya Caliph turut aktif di dalam merekrut consultant-consultant baru yang hanya mahu berkecimpung di dalam unit trust islamik sahaja. Kepada yang berminat anda dialu-alukan untuk terus menghubungi saya di talian 019-222 7949 atau pun menghantar email ke alamat raimyanamutual@gmail.com. InsyaAllah saya akan membantu anda apa yang termampu.